Sekolah Kebangsaan Blog Budak Kecik

Blog kurang belajar ini telah dimasuki dan diajar oleh cikgu:
Fitrihadi

*Cikgu-cikgu blog pun nak mengajar gak? sila tinggalkan comment cikgu. kalau nak buat entry pun boleh. tinggalkan permalink dan nama cikgu akan tersenarai di atas. Ada? Ada saya kesah? haha

Saturday, January 30, 2010

saya gembira pada hari ini kerana makan mcdonald

CONTOH ENTRY WARNI-WARNI

hari ini saya merasa sangat gembira kerana dapat keluar dengan keluarga saya. Papa memandu kereta dan mak pula membebel sepanjang jalan. saya di belakang hanya mampu mengorek hidung. adik pula sibuk dengan aktiviti harian dia iaitu tidur.

bila emak berhenti membebel, saya tahu itu menandakan tempat yang kami tujui sudah tiba. kami semua keluar dari kereta sambil saya memegang tangan mama. papa pula sibuk mengunci kereta buruknya yang tiada kunci yang bunyi-bunyi tu. lantas kami pun menuju ke dalam bangunan.

saya nampak ada badut kasut besar sedang duduk di kerusi.saya melepaskan tangan emak dan menuju ke arah badut tersebut dan saya mengangkat kaki saya untuk menendang badut tersebut.

di pengakhirannya, saya menangis kerana kesakitan. tapi badut tersebut hanya duduk tersenyum. saya berkata "badut jahat! kenapa kaki badut keras?" dan saya terus menangis. papa dan mama yang ketawa terbahak-bahak sejak dari tadi terus memujuk saya. sebagai tanda memujuk, saya dapat makan happy meal yang dibeli oleh papa dan mama.

terima kasih badut dan papa dan mama kerana saya dapat makan Mcdonals!

0 komeng:

kotak kutok

entry lama

Followers