Sekolah Kebangsaan Blog Budak Kecik

Blog kurang belajar ini telah dimasuki dan diajar oleh cikgu:
Fitrihadi

*Cikgu-cikgu blog pun nak mengajar gak? sila tinggalkan comment cikgu. kalau nak buat entry pun boleh. tinggalkan permalink dan nama cikgu akan tersenarai di atas. Ada? Ada saya kesah? haha

Friday, February 26, 2010

saya sedih dan terharu kerana kena denda

CONTOH ENTRY GUNA FONT KECIK DAN BESAU SERENTAK!

Masa di sekolah, cikgu marah saya sebab saya tak bawak buku. sebagai denda cikgu saya suruh berdiri tapi kawan lain duduk. lepas cikgu keluar, saya cari lagi buku itu. rupa-rupanya buku saya ada atas kerusi di bontot saya. saya merasa sungguh sedih dan terharu kerana dihukum berdiri. lepas ni saya janji akan letak buku di atas meja dan bukan lagi di bawah bontot.

Read more...

Mamak jual ais krim memang baik

CONTOH AYAT CENTER ALIGN

Hari ini masa saya balik sekolah saya nampak mamak jual ais krim naik moto.
Saya pun panggil mamak jual ais krim tersebut.
Saya tanya "berapa harga ais krim yang uncle jual?"
Mamak jual ais krim tu kata "50 sen je"
Tapi dalam poket saya ada 3kupang je.
Jadi saya mintak separuh je ais krim tu.
Mamak jual ais krim tu kata tak boleh jual separuh.
Lalu saya menangis.
Akhirnya Mamak jual aiskrim tu jual gak ais krim tu.
Walaupun bukan separuh tapi saya bayar 3kupang je.
Mamak jual ais kerim tu memang baik sangat.
Terima Kasih Mamak!
Kalau takde mamak, camana saya nak makan ais krim yang sedap ni.
Makan masa tengah hari panas.
Memang best makan ais krim tengah-tengah panas.
Awak nak?

Read more...

Friday, February 12, 2010

saya demam. tapi doktor itu sangat kedekut!

CONTOH AYAT FONT KECIK KETOT

hari ini saya demam dan batuk sampai tekak saya terkeluar. jadi papa membawa saya ke kelinek. bila tiba di kelinek, saya terus dibawa ke bilik doktor kerana tiada orang pada waktu itu. papa pun ikut sama kerana saya takut doktor akan cucuk bontot saya tak tentu pasal kalau papa ada di luar.

semasa di dalam bilik itu, doktor meletakkan rantai lehernya pada dada saya sambil menyuruh saya menarik nafas. saya hairan. saya bukan sakit nafas. saya demam panas. selepas itu dia menyuruh saya mengangakan mulut dan meletakkan kayu ais krim di atas lidah saya. saya hairan. kenapa doktor itu sangat kedekut kerana tak memberikan saya ais krim. sampai hati doktor kerana menyeksa saya dengan hanya suruh saya merasa kayu ais krim yang langsung tak sedap tu.

saya merajuk sambil memoncongkan mulut seperti donald duck. doktor hanya senyum dan bercakap dengan papa. saya yang berfikiran budak-budak tidak faham. terus kami keluar dari bilik itu apabila papa sudah habis bercakap dengan doktor kedekut itu.

setibanya di rumah, saya tidur kerana merajok dengan doktor itu dan penat dan sakit tekak dan demam.

Read more...

Thursday, February 4, 2010

hari cikgu yang mengantuk

CONTOH AYAT BANYAK TITIK

pada hari itu.......tahun lepas....adalah hari cikgu......saya sangat boring kerana pagi-pagi kena pegi perhimpunan sekolah.......selepas itu ada jamuan kelas........selepas itu ada sesi bagi hadiah kat cikgu......saya bagi hadiah pensel warna sebatang untuk seorang cikgu.......jadi habis 12 batang pensel warna saya bagi pada semua cikgu.......untuk membuatkan cikgu terkejut dengan hadiah saya, jadi saya membalut pensel warna tersebut dengan kertas katalog courts mamoth yang berwarna warni dan nampak mahal kerana banyak barang yang mahal terlukis di atas kertas katalog itu.....

selepas bagi-bagi hadiah, cikgu pun keluar kerana dia nak sambung makan lagi dengan kawan-kawan cikgunya...selepas itu saya tak ingat apa yang terjadi kerana sedar-sedar saja, loceng sudah berbunyi dan tangan saya sudah dibasahi air liur yang mengalir ke atas meja......................

Read more...

Tuesday, February 2, 2010

SAYA NAK MASUK RUMAH PAPAN, CIKGU!

CONTOH AYAT CAPSLOCK


PADA PAGI INI, CIKGU KELAS INGIN MEMBERIKAN KAMI RUMAH SUKAN. DARI SEMALAM CIKGU SUDAH MEMBERITAHU SUPAYA KAMI BALIK RUMAH DAN MEMIKIRKAN KAMI NAK PILIH RUMAH MANA. JADI HARI NI ADALAH HARI CIKGU BERTANYA PADA KAMI SEMUA

DISEBABKAN SAYA DUDUK DIBARISAN HADAPAN DAN PADA SEBELAH PINTU, JADI SAYA ORANG PERTAMA YANG PERLU MEMBERITAHU PILIHAN RUMAH SENDIRI. CIKGU PUN BERTANYA "AHMAD PINTU, KAMU RUMAH APA?"

SELEPAS ITU SAYA PUN MENAJAWAB "RUMAH PAPAN CIKGU."

TAPI CIKGU KETAWA SELEPAS ITU. KENAPA CIKGU KETAWA. SALAH KE AKU JAWAB? CIKGU PUN KATA "TAK CUKUP KAMU DUDUK TEPI PINTU KAYU TU KAMU NAK JADI PAPAN PULAK?"

SELEPAS ITU SEMUA ORANG MENGKETAWAKAN SAYA. OLEH KERANA SAYA BUDAK BAIK, JADI SAYA PUN KETAWA BERSAMA. DI PENGAKHIRANNYA CIKGU MELETAKKAN SAYA DALAM RUMAH HIJAU KERANA TAHAP OTAK SAYA YANG MASIH HIJAU.

Read more...

Saturday, January 30, 2010

saya gembira pada hari ini kerana makan mcdonald

CONTOH ENTRY WARNI-WARNI

hari ini saya merasa sangat gembira kerana dapat keluar dengan keluarga saya. Papa memandu kereta dan mak pula membebel sepanjang jalan. saya di belakang hanya mampu mengorek hidung. adik pula sibuk dengan aktiviti harian dia iaitu tidur.

bila emak berhenti membebel, saya tahu itu menandakan tempat yang kami tujui sudah tiba. kami semua keluar dari kereta sambil saya memegang tangan mama. papa pula sibuk mengunci kereta buruknya yang tiada kunci yang bunyi-bunyi tu. lantas kami pun menuju ke dalam bangunan.

saya nampak ada badut kasut besar sedang duduk di kerusi.saya melepaskan tangan emak dan menuju ke arah badut tersebut dan saya mengangkat kaki saya untuk menendang badut tersebut.

di pengakhirannya, saya menangis kerana kesakitan. tapi badut tersebut hanya duduk tersenyum. saya berkata "badut jahat! kenapa kaki badut keras?" dan saya terus menangis. papa dan mama yang ketawa terbahak-bahak sejak dari tadi terus memujuk saya. sebagai tanda memujuk, saya dapat makan happy meal yang dibeli oleh papa dan mama.

terima kasih badut dan papa dan mama kerana saya dapat makan Mcdonals!

Read more...

Thursday, January 21, 2010

Diari si ketot!

CONTOH ENTRY TAKDE PERENGGAN DAN MEMBOSANKAN

6.30am: bangun pagi
6.35am: gosok gigi dan mandi
6.55am:sembahyang subuh
7.10am: sarapan dengan mama
7.15am: berjalan kaki ke sekolah
7.40am - 1.10pm: sekolah
1.10pm: jalan kaki ke rumah
1.30pm: masuk rumah n tukar baju
1.40pm: makan tengah hari
2.00pm: mandi dan sembahyang
2.25pm: tidur
4.30pm: bangun tidur
4.45pm: mandi dan sembahyang
5.10pm - 6.30pm: main dengan kengkawan
6.45pm: mandi
7.00pm: tengok kartun kat TV
7.35pm: sembahyang
7.55pm: mengaji al-Quran
8.45pm: sembahyang
9.10pm: makan malam
9.20pm: buat kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran
11.00pm: tidur

Read more...

Wednesday, January 20, 2010

wazzup man!

CONTOH AYAT GEDIX DAN MANJA

Are you ready b? sayer bawu bewumur 9 tahun. sayer tolis belog ni sebab sayer bowing kat umah. Kowang jom kawin, eh jom kawan dengan sayer. untuk pengetahuan kowang, sayer ada beskal BMX. papa sayer cakap dier beli beskal tu dengan harge 20 ratus winggit. papa sayer memang banyak wit. sebab tu sayer sanyang papa sayer. hihihi kowang ada beskal bmx tak?

Read more...

kotak kutok

entry lama

Followers