Sekolah Kebangsaan Blog Budak Kecik

Blog kurang belajar ini telah dimasuki dan diajar oleh cikgu:
Fitrihadi

*Cikgu-cikgu blog pun nak mengajar gak? sila tinggalkan comment cikgu. kalau nak buat entry pun boleh. tinggalkan permalink dan nama cikgu akan tersenarai di atas. Ada? Ada saya kesah? haha

Friday, February 26, 2010

Mamak jual ais krim memang baik

CONTOH AYAT CENTER ALIGN

Hari ini masa saya balik sekolah saya nampak mamak jual ais krim naik moto.
Saya pun panggil mamak jual ais krim tersebut.
Saya tanya "berapa harga ais krim yang uncle jual?"
Mamak jual ais krim tu kata "50 sen je"
Tapi dalam poket saya ada 3kupang je.
Jadi saya mintak separuh je ais krim tu.
Mamak jual ais krim tu kata tak boleh jual separuh.
Lalu saya menangis.
Akhirnya Mamak jual aiskrim tu jual gak ais krim tu.
Walaupun bukan separuh tapi saya bayar 3kupang je.
Mamak jual ais kerim tu memang baik sangat.
Terima Kasih Mamak!
Kalau takde mamak, camana saya nak makan ais krim yang sedap ni.
Makan masa tengah hari panas.
Memang best makan ais krim tengah-tengah panas.
Awak nak?

0 komeng:

kotak kutok

entry lama

Followers