saya demam. tapi doktor itu sangat kedekut!
CONTOH AYAT FONT KECIK KETOT
hari ini saya demam dan batuk sampai tekak saya terkeluar. jadi papa membawa saya ke kelinek. bila tiba di kelinek, saya terus dibawa ke bilik doktor kerana tiada orang pada waktu itu. papa pun ikut sama kerana saya takut doktor akan cucuk bontot saya tak tentu pasal kalau papa ada di luar.
semasa di dalam bilik itu, doktor meletakkan rantai lehernya pada dada saya sambil menyuruh saya menarik nafas. saya hairan. saya bukan sakit nafas. saya demam panas. selepas itu dia menyuruh saya mengangakan mulut dan meletakkan kayu ais krim di atas lidah saya. saya hairan. kenapa doktor itu sangat kedekut kerana tak memberikan saya ais krim. sampai hati doktor kerana menyeksa saya dengan hanya suruh saya merasa kayu ais krim yang langsung tak sedap tu.
saya merajuk sambil memoncongkan mulut seperti donald duck. doktor hanya senyum dan bercakap dengan papa. saya yang berfikiran budak-budak tidak faham. terus kami keluar dari bilik itu apabila papa sudah habis bercakap dengan doktor kedekut itu.
setibanya di rumah, saya tidur kerana merajok dengan doktor itu dan penat dan sakit tekak dan demam.
0 komeng:
Post a Comment